All rights reserved - BIDANSITI.COM - Copyright 2020

Menu Utama

TERMA DAN SYARAT

BIDANSITI CONFINEMENT SERVICE

 

Skop Tugas Terapis 

1.       Hari pertama bermula tugas untuk terapis adalah pada hari ke 3 untuk kelahiran secara normal dan selepas 7 hari untuk kelahiran secara caesarean.

2.       Waktu bermula kerja terapis adalah dari 9 pagi - 1 tengah hari untuk pakej daily visit dan 8 pagi - 8 malam untuk pakej stay in

3.       Untuk pakej stay in, terapis diperuntukkan 1-2jam waktu rehat pada waktu tengah hari atau petang mengikut kesesuaian sebelum meneruskan sesi rawatan seterusnya.

4.       Antara skop tugas terapis termasuk pengurusan ibu berpantang, pengurusan bayi, menyediakan hidangan berpantang untuk ibu (makan tengah hari dan malam) dan sedikit "house keeping" di bilik ibu/bilik urutan ibu dan bayi.

5.       Terapis tidak bertanggunjawab untuk mengemas rumah pelanggan. Tugas mengemas terapis adalah terhad kepada pakaian ibu, bayi bilik urutan ibu dan bayi atau yang berkaitan sahaja.

6.       Menu harian  yang disediakan adalah berdasarkan bahan mentah yang disediakan  oleh pelanggan.

7.       Untuk memudahkan urusan, terapis tidak bertanggung jawab untuk menjaga bayi semasa proses rawatan ibu. Walau bagaimana pun terapis akan mencuba sedaya upaya menidurkan bayi sebelum rawatan dimulakan. Bantuan dari ahli keluarga semasa tempoh tersebut amat digalakkan.

8.       Bagi pakej stay in, terapis memerlukan rehat yang secukupnya pada waktu malam. Walaubagaimana pun jika terdapat masalah, terapis kami sedia membantu diluar waktu bekerja atas budi bicara terapis dan juga pelanggan.

9.       Toleransi dari pihak pelanggan amat diperlukan untuk memastikan perkhimatan dapat dijalankan dengan sempurna.

 

Keperluan terapis

1.       Untuk pakej stay in, pelanggan perlu menyediakan bilik penginapan dan sedikit peruntukan makanan harian bersesuaian dengan pakej yang dipilih. Walau bagaimanapun terapis hanya akan makan apa sahaja yang disediakan oleh pelanggan.

2.       Pelanggan perlu menyediakan bahan mentah untuk masakan makanan berpantang ibu untuk hidangan 2 kali makan sehari.

3.       Pelanggan bukan islam diminta untuk TIDAK membiarkan anjing berkeliaran di dalam rumah sepanjang tempoh sesi rawatan sedang berjalan.

4.       Pihak BidanSiti berhak untuk menukar terapis jika didapati terapis tidak sihat/mengalamai masalah kesihatan sepanjang proses rawatan atau diminta berbuat demikian jika diminta oleh pelanggan atas sebab-sebab tertentu bergantung kepada keadaan dan kekosongan terapis yang lain.

  

Bayi kembar

1.       Senarai harga pakej yang dipamerkan adalah untuk pengurusan dan rawatan ibu dan seorang bayi. Jika pelanggan melahirkan lebih dari seorang bayi, caj tambahan 30% untuk setiap bayi berikutnya akan dikenakan atau pihak pelanggan boleh berbincang jika memerlukan tambahan terapis/penjaga bayi.

  

Tanggungjawab pelanngan

1.       Pelanggan diminta untuk menghubungi pihak BidanSiti pada tarikh kelahiran yang telah ditetapkan walaupun kelahiran mungkin tertunda atau lebih awal dari tarikh yang dijangkakan.

2.       Pelanggan diminta memaklumkan sebarang kelewatan bersalin kepada pihak bidansiti.

3.       Pihak bidansiti akan berusaha untuk bersedia pada tarikh kelahiran seperti yang ditetapkan. Walaubagaimanapun jadual terapis kami adalah sangat padat. Jika berlaku perubahan waktu kelahiran, pelanggan diminta untuk memberi sedikit masa kepada pihak bidan siti untuk mengatur semula jadual terapis akibat dari perubahan waktu kelahiran.

4.       Pelanggan diminta untuk berbincang dengan terapis tentang menu makanan dan bahan mentah yang perlu disediakan untuk sajian berpantang.

5.       Pelanggan juga diminta untuk menjaga kebajikan terapis sepanjang proses rawatan terutamanya pakej stay in supaya proses rawatan berjalan dengan lancar.

 

Kes-kes khas

1.       Jika ibu terpaksa dimasukkan semula ke hospital atas sebab-sebab tertentu, rawatan akan disambung semula selepas ibu keluar dari hospital.

2.       Jika bayi dimasukkan ke hospital atas sebab tertentu, terapis akan meneruskan rawatan kepada ibu seperti di tetapkan atau mengikut persetujuan dan budi bicara kedua-dua belah pihak.

 

Keperluan rawatan ibu dan bayi

1.       Pihak bidansiti akan menyediakan semua keperluan rawatan ibu dan bayi sepanjang rawatan.

  

Khatan, Pengurusan Uri, Bercukur & bertahnik

1.       Untuk pakej  yang mempunyai  perkhidmatan khatan untuk bayi perempuan, bercukur dan bertahnik, persetujuan dari pelanngan diperlukan

2.       Untuk pakej yang mempunyai khidmat pengurusan uri, servis percuma ini hanya meliputi kawasan Lembah Klang sahaja. Pelanggan perlu menghantar uri dalam tempoh sesegera yang mungkin untuk diuruskan selepas proses kelahiran dan perlu dihantar kepada pihak BidanSiti dengan kos penghantaran ditanggung sepenuhnya oleh pelanggan.

 

Tempahan

1.       Tempahan hanya dikira sah sekiranya pihak bidansiti menerima deposit 30% dari jumlah keseluruhan pakej dalam masa 3 hari dari tarikh invois dikeluarkan. Kelawatan membuat bayaran akan menyebabkan slot penuh.

2.       Bayaran penuh atau 70% dari harga pakej perlu dijelaskan pada hari pertama rawatan dimulakan atau selewatnya setelah hari ke 3 rawatan. Pihak bidansiti berhak menghentikan sementara/menamatkan servis jika bayaran penuh tidak dijelaskan dalam tempoh yang ditetapkan.

3.       Pihak bidansiti berhak untuk mengantikan pakej/servis yang setara jika berlaku kekurangan/kesilapan pemilihan pakej atau ketiadaaan servis seperti yang telah dijanjikan pada masa tempahan dibuat.

4.       Dengan menjelaskan bayaran deposit yang ditetapkan, pihak pelanggan dianggap bersetuju dengan terma dan syarat yang telah ditetapkan.

 

Pembatalan tempahan & Bayaran balik

1.       RM500 akan dipotong dari jumlah deposit jika pelanggan membatalkan tempahan tanpa sebab yang munasabah.

2.       Jika bayi meninggal dunia selapas dilahirkan, 20% dari harga pakej akan dipulangkan setelah selesai pakej rawatan.

3.       Jika pelanggan telah tidak dapat meneruskan rawatan yang telah bermula disebabkan sakit tenat atau komplikasi dari proses bersalin, surat pengesahan dari doktor adalah diperlukan. Bayaran adalah berdasarkan RM1000 + RM350/sehari untuk pakej daily visit dan RM1000 + RM400 sehari untuk pakej stay in.

4.       100% deposit akan dipulangkan sekiranya berlaku kematian ibu.

5.       100% deposit akan dipulangkan sekiranya berlaku keguguran dan pelanggan boleh memilih pakej keguguran secara ala cart.

6.       Wang akan dikreditkan ke dalam akaun pelanggan dalam masa 14-30 hari dari tarikh pembatalan dibuat atau keguguran/kematian.

​

​

Covid-19

1.     Semua terapis BidanSiti adalah wanita warga negara malaysia (melayu) yang telah lengkap vaksinasi Covid-19.

2. Pihak BidanSiti berusaha sedaya upaya memastikan para terapis bebas dari jangkitan Covid-19 dengan melakukan ujian kendiri secara berkala.

3. Pelanggan juga disarankan supaya melakukan ujian kendiri dan memastikan bebas dari Covid-19 sebelum hari pertama rawatan dimulakan

​

​

BidanSiti